Formatkan hamparan untuk bahasa lain dalam Numbers pada Mac
Bahasa dan rantau hamparan menentukan konvensyen pemformatan teks—contohnya, sama ada koma atau noktah digunakan sebagai titik desimal, simbol mata wang yang digunakan, tempat untuk sengkang perkataan di pemisah baris dan cara tarikh diwakili (hari/bulan/tahun atau bulan/hari/tahun).
Anda boleh mencipta hamparan yang menggunakan pemformatan bahasa berbeza selagi anda mempunyai lebih daripada satu bahasa dalam senarai bahasa pilihan peranti anda. Untuk menggunakan bahasa lain dalam hamparan, anda perlu menambah sumber input untuk bahasa tersebut (contohnya, papan kekunci kedua) dalam Keutamaan Sistem.
Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain
Untuk menggunakan bahasa lain dalam hamparan anda, sediakan dahulu sumber input (contohnya, papan kekunci atau palet aksara yang khusus bahasa) untuk bahasa tersebut. Apabila anda menambah papan kekunci khusus bahasa ke peranti anda, bahasa tersebut juga ditambah ke senarai bahasa pilihan peranti anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Papan Kekunci > Sumber Input.
Klik di bahagian bawah lajur kiri, pilih papan kekunci yang anda mahu gunakan, kemudian klik Tambah.
Pilih kotak semak bersebelahan “Tunjukkan menu Input dalam bar menu”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sumber input, klik Bantuan dalam menu di bahagian atas skrin anda, kemudian cari "sumber input".
Jika Numbers terbuka, keluar daripada Numbers dan buka semula agar ia mengenali sumber tersebut.
Untuk bertukar kepada papan kekunci lain, klik menu Input di sebelah kanan bar menu, kemudian pilih papan kekunci.
Jika anda bertukar kepada bahasa yang ditulis dalam arah berlainan daripada bahasa semasa, titik sisipan bergerak ke sisi hamparan yang digunakan oleh bahasa baru. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik sisipan bergerak ke sebelah kanan hamparan.
Cipta hamparan dengan format bahasa berbeza
Apabila anda mencipta hamparan baru, anda boleh memformat nombor, tarikh, masa dan mata wang secara automatik dalam jadual dan carta menggunakan konvensyen pemformatan bahasa dan rantau tertentu. Anda mungkin mahu melakukan ini jika anda merancang untuk berkongsi hamparan dengan seseorang di rantau berbeza.
Sebagai contoh, sesetengah rantau menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menunjukkan titik desimal, atau simbol kewangan berlainan untuk mata wang, atau cara memaparkan nombor daripada kanan ke kiri dan bukannya kiri ke kanan.
Seting bahasa ini hanya mempengaruhi hamparan semasa.
Buka Numbers, kemudian tahan kekunci Option dan pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin).
Klik menu timbul Bahasa di penjuru bawah kiri pemilih templat, kemudian pilih bahasa lain.
Dwiklik templat yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih bahasa baru, tajuk templat dan teks dan sesetengah kawalan pemformatan bertukar untuk menggambarkan bahasa itu.
Apabila anda melihat hamparan yang menggunakan bahasa dan format berlainan daripada format komputer anda, mesej berhampiran bawah hamparan menunjukkan format mana yang digunakan. Untuk melihat contoh format berlainan, klik bahasa dalam mesej.
Tukar bahasa dan format hamparan
Selepas anda mencipta hamparan, anda boleh menukar seting bahasanya semasa hamparan dibuka.
Nota: Anda tidak boleh menukar seting ini untuk hamparan dikongsi.
Pilih Fail > Lanjutan > Bahasa & Rantau (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda.)
Dalam dialog yang muncul, klik menu timbul dan pilih bahasa dan rantau.
Jika anda memilih item pertama dalam menu timbul Bahasa (Sistem- [ bahasa]), anda mereset hamparan ke bahasa dan rantau komputer anda. Jika anda seterusnya menukar seting bahasa komputer anda atau jika anda membuka hamparan pada komputer dengan seting bahasa berbeza, bahasa dan rantau hamparan bertukar secara automatik mengikut komputer tersebut. Tetapi jika anda berkongsi hamparan, semua pengguna melihat hamparan dalam bahasa dan rantau komputer anda.
Klik OK.
Selepas anda menukar bahasa dan rantau hamparan, sebarang data jadual dan carta baru anda masukkan menggambarkan seting baru. Untuk data jadual dan carta sedia ada, bahasa dalam tarikh (sebagai contoh, nama bulan) bertukar, tetapi tanda baca dalam tarikh dan tertib hari, bulan dan tahun tidak bertukar. Tanda baca dalam nombor (sebagai contoh, titik desimal dan pemisah ribu) bertukar.