![](https://help.apple.com/assets/5DB77936094622170B6D0B62/5DB7794C094622170B6D0BA4/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
Pengenalan kepada Numbers pada iPhone
Numbers memudahkan anda menghasilkan hamparan yang menarik. Anda bermula dengan templat, kemudian ubah suainya mengikut pilihan anda. Templat direka bentuk untuk tujuan tertentu—seperti belanjawan dan senarai semak—untuk memberikan anda titik mula yang hebat untuk kerja anda. Setiap templat disediakan dengan gaya yang sedia direka bentuk untuk teks, jadual, bentuk dan objek lain yang kelihatan cantik bersama, supaya mudah untuk memberikan hamparan anda rupa yang diselaraskan.
![Pemilih templat menunjukkan baris kategori merentas bahagian atas yang anda boleh ketik untuk menapis pilihan. Di bawah ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas. Butang Lihat Semua muncul di atas dan di sebelah kanan setiap baris kategori. Butang Bahasa dan Rantau berada di penjuru kanan atas.](https://help.apple.com/assets/5DB77936094622170B6D0B62/5DB7794C094622170B6D0BA4/ms_MY/5f756636b05435ce072da9ca0df4d42d.png)
Selepas anda membuka templat, anda boleh menambah nombor, formula, tarikh dan teks anda sendiri ke sebarang jadual; menggantikan atau memadam carta dan grafik; dan menambah jadual, carta baru dan banyak lagi.
Apabila anda memilih objek (imej, bentuk, carta, jadual atau sel), kemudian ketik , anda akan melihat kawalan pemformatan untuk jenis objek yang anda pilih.
Anda boleh menukar rupa objek yang dipilih dengan cepat dengan mengetik gaya bagi menggunakannya. Anda juga boleh leret ke atas dari bawah kawalan pemformatan untuk melihat pilihan lanjut untuk mengubah suai objek.
![Tab Carta pada butang Format.](https://help.apple.com/assets/5DB77936094622170B6D0B62/5DB7794C094622170B6D0BA4/ms_MY/bf92463a0241e3a3c028af1ac616188a.png)
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 10.0 pada iPhone anda. Untuk melihat versi Numbers pada iPhone anda, pergi ke Seting > Numbers.
Untuk bermula dengan Numbers, ketik salah satu pautan “Lihat juga” di bawah, atau klik butang Senarai Kandungan berhampiran bahagian atas halaman ini untuk melihat semua topik dalam panduan pengguna ini. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).