Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.1
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Pengenalan kepada objek dalam Numbers pada iPhone
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian. Jadual, carta, kotak teks, bentuk dan foto ialah contoh objek. Untuk memasukkan objek pada helaian anda, ketik , ketik salah satu daripada butang objek di bahagian atas menu, kemudian pilih objek.
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai atribut individu objek tersebut—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi—atau anda boleh menukar rupa keseluruhan objek dengan cepat dengan menggunakan gaya objek diprareka bentuk padanya. Gaya objek ialah gabungan atribut yang direka bentuk agar sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Untuk melihat kawalan bagi menukar rupa ketik objek, ketik objek untuk memilihnya, kemudian ketik . Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri; contohnya, apabila anda memilih imej anda hanya melihat kawalan untuk memformatkan imej.
Anda boleh menindan objek pada helaian, mensaiznya semula, menyarangkannya supaya objek kelihatan sebaris dengan teks di dalam kotak teks atau bentuk dan banyak lagi.