Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/609C628E5BAEF65B974C6ECD/609C628F5BAEF65B974C6EE9/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
Cari hamparan dalam Numbers pada iPhone
Pengurus hamparan, ditunjukkan di bawah, ialah perkara yang anda lihat apabila anda membuka Numbers dan tiada hamparan dibuka, atau apabila anda membuka app Fail. Anda boleh mencari hamparan mengikut tajuknya, atau layarinya di tempat anda menyimpan hamparan (contohnya, pada iCloud Drive, pada peranti anda, pada peranti storan luaran, atau dengan penyedia storan pihak ketiga). Anda juga boleh mengisih hamparan untuk mencari yang anda mahu.
![Paparan layar di pengurus hamparan dengan pautan lokasi di penjuru kiri atas dan di bawahnya ialah medan Carian. Dalam baris di bawah Carian adalah butang untuk menambah folder; menu timbul untuk mencari mengikut nama folder, tarikh, saiz atau tag; dan butang untuk bertukar antara paparan ikon dan senarai. Di bawah ini ialah butang Cipta Hamparan di sebelah imej kecil untuk hamparan sedia ada. Di bahagian bawah skrin ialah butang Terbaharu dan butang Layari.](https://help.apple.com/assets/609C628E5BAEF65B974C6ECD/609C628F5BAEF65B974C6EE9/ms_MY/8dcf231f0c26c65fc7df7aba5a2b1937.png)
Cari hamparan
Buka Numbers dan jika hamparan sudah dibuka, ketik Hamparan atau
di penjuru kiri atas untuk melihat semua hamparan anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari: Ketik dalam medan carian di bahagian atas tetingkap, kemudian masukkan semua atau sebahagian nama hamparan.
Lihat hanya hamparan yang dikongsi atau diedit terbaharu. Ketik Terbaharu di bahagian bawah skrin.
Layari hamparan: Ketik pautan di penjuru kiri atas untuk melihat senarai Lokasi (anda mungkin perlu mengetik lebih daripada sekali), kemudian ketik lokasi. Lokasi yang anda layari ditunjukkan di sepanjang bahagian atas skrin. Sebagai contoh, jika anda melihat Numbers di sebelah kiri dan iCloud Drive di bahagian atas, lokasi semasa ialah folder Numbers dalam iCloud Drive.
Petua: Jika anda sudah berada dalam paparan layari, ketik Layari lagi untuk melihat senarai Lokasi.
Isih mengikut nama, tarikh, saiz atau tag: Ketik
, kemudian ketik pilihan. Untuk mellihat hamparan sebagai senarai berbanding imej kecil, ketik
.