pilih teks

Untuk memilih teks, lakukan mana-mana daripada berikut semasa melihat hamparan dalam paparan pengeditan:

  • Pilih perkataan: Dwiketik padanya.

  • Pilih perenggan: Ketik tiga kali dalam perenggan.

  • Pilih item dalam senarai: Ketik bulet, nombor, atau hurufnya.

  • Pilih julat teks: Dwiketik perkataan, kemudian alihkan titik cekup untuk menyertakan lebih atau kurang teks.

Anda boleh memilih julat teks hanya dalam kawasan sama dengan helaian—sebagai contoh, dalam kotak teks, bentuk atau sel jadual tunggal.

Untuk nyahpilih semua pilihan teks, klik di mana-mana pada helaian di luar pilihan.