Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4108680CE2B66B7C9FCE/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
Formatkan teks kepada lajur dalam Numbers pada iPad
Anda boleh memformatkan teks dalam kotak teks kepada dua atau lebih lajur di mana teks dan grafik tersusun secara automatik dari satu lajur ke lajur yang lain.
Formatkan lajur teks
Ketik bentuk atau kotak teks, atau pilih teks.
Ketik
, kemudian ketik Teks.
Ketik Lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar bilangan lajur: Ketik
untuk mengeluarkan atau menambah lajur.
Setkan lebar lajur: Untuk menggunakan lebar yang sama untuk semua lajur, aktifkan Lebar Lajur Sama Rata. Untuk mengesetkan lebar lajur berlainan, nyahaktifkan pilihan ini, kemudian ketik
di bawah setiap nombor lajur dalam bahagian Saiz Lajur.
Setkan ruang antara lajur: Ketik
bersebelahan Sela. Jika anda mempunyai lebih daripada dua lajur, anda boleh melaraskan lebar jurang antara setiap lajur.
Paksa teks ke bahagian atas lajur seterusnya
Ketik tempat anda mahu lajur sebelumnya tamat.
Ketik Masukkan, kemudian ketik Pemisah Lajur.