Tambah dan edit lukisan dalam Numbers pada iPad
Anda boleh mencipta lukisan dalam hamparan anda menggunakan Apple Pencil atau jari anda, kemudian mengalihkan atau mensaizkannya semula.
Nota: Jika anda mahu menggunakan Apple Pencil anda untuk memilih objek dan menskrol dan bukannya melukis, ketik , ketik Apple Pencil, kemudian aktifkan Pilih dan Skrol. Jika Apple Pencil menyokongnya, anda boleh mengaktifkan Dwiketik untuk Bertukar, kemudian dwiklik bahagian bawah Apple Pencil untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan Pilih dan Skrol.
Tambah lukisan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Gunakan Apple Pencil: Mula melukis di mana-mana dalam hamparan.
Gunakan jari anda: Ketik , ketik , kemudian ketik Lukisan.
Lukis di mana-mana dalam hamparan; anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut pada bila-bila masa:
Tukar alat melukis: Ketik sebarang alat di bahagian bawah skrin. Ketik alat lagi untuk melihat lebih pilihan.
Tukar warna: Ketik warna semasa di bahagian bawah skrin, kemudian ketik warna baru. Leret ke kiri untuk melihat alat bagi menala halus warna anda.
Tukar sebahagian warna daripada lukisan anda: Ketik alat pilihan, kemudian seret sekeliling sebahagian daripada lukisan untuk memilihnya. Ketik warna semasa di bahagian bawah skrin, kemudian ketik yang baru. Leret ke kiri untuk melihat alat bagi menala halus warna anda.
Laraskan kelegapan warna: Jika anda menggunakan pen, pensel, krayon atau alat isian, ketiknya, kemudian seret gelangsar.
Laraskan saiz goresan (ketebalan garis): Jika anda menggunakan pen, pensel, krayon atau pemadam, ketik ia kemudian ketik saiz goresan.
Isi kawasan dengan warna: Ketik alat isian, kemudian ketik kawasan. Untuk melukis bentuk yang telah diisi dengan warna, ketik alat isian, kemudian lukis bentuk.
Padam goresan: Ketik alat pemadam, ketiknya lagi, ketik , kemudian ketik goresan.
Duplikasi sebahagian daripada lukisan anda: Ketik alat pilihan, seret sekitar bahagian lukisan untuk memilihnya, kemudian ketik Duplikasi.
Skrol hamparan: Leret dengan dua jari; jika anda menggunakan Apple Pencil, leret dengan satu jari.
Ketik Selesai.
Seret lukisan anda untuk mengalihkannya. Untuk mensaizkannya semula, ketiknya dengan jari, kemudian seret sebarang titik biru. Untuk mengedit lukisan, ketiknya dengan Apple Pencil atau dwiketiknya dengan jari.
Asingkan lukisan kepada bahagian
Anda boleh mengasingkan lukisan kepada objek individu yang anda boleh alihkan, saiz semula, atau padam secara berasingan.
Dwiketik lukisan dengan jari.
Ketik alat pilihan, kemudian seret sekitar bahagian lukisan yang anda mahu asingkan.
Ketik Berasingan.
Jika anda mengulang proses ini untuk mengasingkan lukisan kepada berbilang objek.
Gabungkan lukisan
Anda boleh menggabungkan lukisan supaya ia kekal sebagai objek tunggal, yang anda boleh alihkan dan saiz semula sebagai menyeluruh.
Sentuh dan tahan satu objek, kemudian ketik objek lain dengan jari lain.
Ketik Gabung.
Animasikan lukisan
Anda boleh menganimasikan lukisan supaya ia muncul dalam hamparan anda seperti ia sedang dilukis.
Ketik untuk memilih lukisan yang anda mahu animasikan.
Ketik , ketik Lukisan, kemudian aktifkan Animasikan Lukisan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan tempoh masa animasi dimainkan: Seret gelangsar Tempoh.
Ulang animasi dalam gelung: Aktifkan Gelung.
Pratonton animasi: Ketik Main.
Untuk memainkan animasi dalam hamparan anda, pilih lukisan, kemudian ketik Mainkan Lukisan.
Tambah perihalan lukisan
Anda boleh tambahkan perihalan kepada sebarang lukisan dalam hamparan anda. Perihalan lukisan dibaca dengan teknologi bantuan (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi itu untuk mengakses hamparan anda. Perihalan lukisan tidak boleh dilihat di mana-mana dalam hamparan anda.
Ketik lukisan untuk memilihnya, ketik , kemudian ketik Lukisan.
Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport hamparan anda sebagai PDF, perihalan lukisan masih boleh dibaca oleh teknologi bantuan. Lihat Eksport format fail lain dalam Numbers pada iPad.
Untuk menambah perihalan pada imej atau video, lihat Tambah perihalan imej atau Tambah perihalan video.
Kongsi atau simpan lukisan
Anda boleh berkongsi atau menyimpan sebarang lukisan sebagai imej dan anda juga boleh menyimpan lukisan beranimasi sebagai video.
Dalam hamparan, ketik lukisan, kemudian ketik Kongsi.
Jika lukisan dianimasikan, ketik Kongsi sebagai Imej untuk berkongsinya atau menyimpannya sebagai imej, atau ketik Kongsi sebagai Filem untuk berkongsi atau menyimpannya sebagai video.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Kongsi: Ketik kaedah untuk menghantar lukisan.
Simpan: Untuk menyimpan ke Foto, ketik Simpan Imej atau Simpan Video (jika anda mahu menyimpan lukisan beranimasi sebagai video). Untuk menyimpan ke Fail, ketik Simpan ke Fail.