
Panduan Pengguna Nota
untuk macOS Catalina

Cari nota yang anda amat perlukan
Gunakan paparan galeri untuk melihat semua nota anda sebagai imej kecil, membenarkan imej anda membantu anda mencari nota yang anda mahukan. Jika anda masih tidak boleh mencari nota yang betul, gunakan ciri carian berkuasa seperti mencari imej atau teks dalam dokumen diimbas anda dan banyak lagi.

Bawa nota ke mana sahaja anda pergi
Apabila anda menambah akaun internet ke Nota, anda boleh menyimpan nota anda dengan anda tidak kira peranti mana yang anda gunakan—supaya anda boleh menyimpan destinasi impian pada Mac anda, kemudian dapatkannya pada iPad anda semasa anda bersama rakan anda.

Gambar bernilai seribu perkataan
Seret dan lepaskan gambar, filem, pautan dan fail lain ke dalam nota anda. Anda juga boleh menambah kandungan ke nota terus daripada Safari, Foto, Peta dan banyak app lain.

Bekerjasama dengan mudah
Jemput orang lain untuk melihat atau membuat perubahan kepada nota atau kepada seluruh folder nota dikongsi.
Untuk melayari Panduan Pengguna Nota, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.