Tambah pautan dalam Nota pada Mac
Anda boleh menambah pautan ke nota anda untuk membuka tapak web dan app lain dengan cepat.
Tambah pautan URL
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota atau dwiklik nota dalam paparan galeri, kemudian pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar (tanda semak menunjukkannya aktif).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Taip URL dan ia menjadi pautan secara automatik.
Pilih teks untuk ditukarkan menjadi pautan, pilih Edit > Tambah Pautan, kemudian taipkan atau tampal URL.
Untuk mengedit, mengeluarkan, atau membuka pautan, Control-klik pautan, kemudian pilih pilihan.
Tambah pautan ke app
Anda boleh menambahkan pautan ke kandungan dalam app disokong, seperti halaman web dalam Safari, buku dalam Buku atau episod dalam Podcast.
Pastikan app yang anda mahu pautkan dibuka dan aktif. Sebagai contoh, buka halaman web dalam Safari, atau mula memainkan episod podcast.
Dalam app Nota pada Mac anda, buka nota, kemudian klik butang Pautan dalam bar alat.
Klik Tambah Pautan.
Jika anda menambah pautan ke Nota Cepat, imej kecil Nota Cepat kelihatan di penjuru skrin apabila anda kembali ke kandungan yang dipautkan dalam app.