Semak
Selepas anda merakam idea, anda akan melihat paparan muzik di bahagian bawah skrin. Memo Muzik memaparkan bentuk gelombang idea yang dirakam di atas garisan bar yang menunjukkan masa.
Mainkan idea. Ketik butang Main di atas paparan muzik.
Mulakan main balik daripada bahagian lain idea. Leret paparan muzik ke kiri atau kanan. Segi tiga menuding ke bawah menunjukkan posisi main balik bermula.
Namakan semula idea. Ketik nama, ketik kekunci Delete untuk memadam nama sedia ada, kemudian taipkan nama baru.
Padam idea. Ketik butang Sampah.
Anda boleh nilaikan idea anda daripada 0 ke 5 bintang dan tag idea untuk menandakan tempatnya dalam lagu, perasaannya, atau untuk kegunaan lain. Memo Muzik berserta set tag dan anda boleh menambah tag anda sendiri.
Nilaikan idea. Ketik penilaian bintang, kemudian ketik atau seret merentasi bintang.
Tag idea. Ketik butang Tag di bawah paparan muzik, kemudian ketik tag dalam senarai.
Anda boleh cari tag dan tambah tag menggunakan medan carian.
Memo Muzik menganalisa ritma dan harmoni idea anda dan membenarkan anda menambah trek sandaran dram dan bes realistik yang bertindak balas ke ritma dan harmoni muzik anda.
Tambah bes. Ketik butang Bes .
Tambah dram. Ketik butang Dram .
Tukar seting bes atau dram. Sentuh dan tahan butang Bes atau Dram, kemudian ketik seting berlainan.
Anda boleh semak semua idea anda dalam Pustaka.
Buka Pustaka. Ketik butang Pustaka .