Tukar maklumat CD dalam Muzik pada Mac
Dalam app Muzik pada Mac anda, lihat dan tukar butiran tentang lagu dan album apabila anda memasukkan CD. Butiran ini digunakan apabila anda mencari dan mengisih item dalam pustaka muzik anda.
Untuk menukar butiran ini, pilih Info CD selepas anda memasukkan CD.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Artis | Kumpulan atau orang yang telah merakam CD | ||||||||||
Album | Tajuk CD | ||||||||||
Penggubah | Penulis lagu | ||||||||||
Genre | Gaya muzik (rakyat, rock dan seterusnya) | ||||||||||
Tahun | Tahun album dilancarkan | ||||||||||
Nombor Cakera | Nombor CD ini, daripada jumlah cakera dalam album ini | ||||||||||
Kompilasi | Album dengan lagu oleh berbilang artis, seperti lagu tema filem Nota: Untuk menghimpunkan lagu dalam album sedemikian (berbanding menyenaraikan setiap lagu dengan artisnya), pilih Paparan > Pelayar Lajur > Kompilasi Kumpulan (apabila pelayar lajur kelihatan), kemudian pilih album. |