Setkan atau tukar kawalan ibu bapa dalam Apple Music di web
Anda boleh menyekat akses kepada kandungan eksplisit dalam Apple Music menggunakan seting Kawalan Ibu Bapa.
Setkan sekatan kandungan
Di music.apple.com/my , klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Di bawah Kawalan Ibu Bapa, klik suis untuk mengaktifkan Sekatan Kandungan.
Masukkan kod laluan empat digit untuk menghalang perubahan kepada sekatan yang anda setkan, kemudian klik Teruskan.
Anda perlu memasukkan semula kod laluan untuk mengesahkannya.
Masukkan alamat e-mel pemulihan yang boleh digunakan jika anda terlupa kod laluan, kemudian klik Teruskan.
Klik menu timbul untuk memilih penilaian yang dibenarkan bagi muzik, rancangan TV dan filem.
Tukar sekatan kandungan
Di music.apple.com/my , klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Di bawah Kawalan Ibu Bapa, masukkan kod laluan empat digit anda.
Jika anda tidak mengingati kod laluan anda, klik Terlupa Kod Laluan, kemudian semak alamat e-mel pemulihan untuk arahan bagi mereset kod laluan.
Untuk membuat perubahan pada bahagian Kawalan Ibu Bapa, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar sekatan kandungan: Klik menu timbul untuk memilih penilaian yang dibenarkan bagi muzik, rancangan TV dan filem.
Tukar e-mel pemulihan: Klik Edit, masukkan alamat e-mel baharu, kemudian klik Teruskan.
Tukar kod laluan: Klik Tukar Kod Laluan, masukkan kod laluan semasa, masukkan kod laluan baharu, kemudian klik Teruskan.
Anda perlu memasukkan semula kod laluan baharu untuk mengesahkannya.
Nyahaktifkan sekatan kandungan: Klik suis untuk menyahaktifkan sekatan.