Zum, alih, putar, atau condongkan peta dalam Peta pada Mac
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Zum masuk dan keluar: Klik butang zum ( dan ) di sudut bawah kanan peta.
Untuk menunjukkan skala peta semasa anda zum, pilih Paparan > Tunjukkan Skala. Skala muncul di penjuru kiri atas.
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan: Klik dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta. Pada trackpad, anda juga boleh seret menggunakan dua jari.
Putar peta: Klik dan tahan penuding pada kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah.
Condongkan peta: Klik butang 3D dalam bar alat, kemudian klik dan tahan gelangsar di penjuru kanan bawah.
Kembali ke orientasi menghala ke utara: Klik kompas, atau tekan Command-Anak Panah Atas.
Anda juga boleh gunakan pintasan atau gerak isyarat untuk zum.