![](https://help.apple.com/assets/5B918C58680CE27628BD24A7/5B918C59680CE27628BD24AE/ms_MY/69a3be89b5bbab2c0322817d09d87f4d.png)
Zum, alih, putar, atau condongkan peta dalam Peta pada Mac
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Zum masuk dan keluar: Klik butang zum (
dan
) di sudut bawah kanan peta.
Untuk menunjukkan skala peta semasa anda zum, pilih Lihat > Tunjukkan Skala. Skala muncul di penjuru kiri atas.
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan: Tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta itu. Pada trackpad, anda juga boleh seret menggunakan dua jari.
Putar peta: Tekan dan tahan penuding pada kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah.
Condongkan peta: Klik dan tahan butang 3D
, kemudian seret ke atas atau ke bawah.
Kembali ke orientasi menghala ke utara: Klik di luar kompas, atau tekan Command-Anak Panah Atas.
Anda juga boleh gunakan pintasan atau gerak isyarat untuk zum.