Tunjukkan keadaan trafik dalam Peta pada Mac
Anda boleh tunjukkan keadaan trafik di dalam Peta supaya anda boleh rancang laluan terpantas dan tinggalkan masa jalan yang cukup.
Kuning menunjukkan gerak perlahan dan merah menunjukkan trafik berhenti dan berjalan.
Pergi ke app Peta pada Mac anda.
Klik dalam medan carian, kemudian masukkan nama lokasi yang anda mahu semak.
Klik , kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih Memandu.
Pilih Satelit, klik , kemudian pilih Tunjukkan Trafik (jika tidak dipilih).
Penanda kelihatan di tempat berlakunya keadaan yang menjejaskan trafik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keadaan trafik, klik penanda pada peta. Terdapat empat penanda:
Kemalangan
Pembaikan jalan
Penutupan jalan
Isyarat umum atau bahaya lain
Jika anda mempunyai Mac dengan Apple silicon, anda juga boleh melihat butiran jalan seperti lorong membelok, median, lintasan pejalan kaki dan banyak lagi—hanya zum masuk.