Cari maklumat yang anda simpan dalam Peta pada Mac
Dalam akaun pengguna Peta anda, anda boleh menyemak bilangan Panduan yang anda tambah ke Panduan Saya, mencari maklumat tentang isu yang anda laporkan dan banyak lagi.
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Akaun Pengguna dalam bar alat.
Klik salah satu daripada yang berikut, atau lihat nombor di sebelahnya:
Kegemaran: Semak bilangan kegemaran yang anda simpan.
Lihat Simpan lokasi kegemaran.
Panduan: Semak bilangan Panduan yang anda tambah ke Panduan Saya.
Laporan: Laporkan isu baharu atau lihat maklumat tentang isu yang anda laporkan dalam tempoh 90 hari lalu.
Lihat Laporkan masalah.
Penilaian & Foto: Lihat maklumat tentang lokasi yang anda nilai dan foto yang anda tambah.
Lihat Nilai lokasi.
Seting: Buka seting Peta.
Lihat Tukar seting.
Kenderaan: Lihat maklumat tentang kenderaan anda (jika anda menyediakan penghalaan kenderaan elektrik pada iPhone anda dan Mac anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama).
Lihat Sediakan penghalaan kenderaan elektrik dalam Panduan Pengguna iPhone.