Gunakan maklumat yang dijumpai dalam Mail dalam app lain pada Mac
Apabila anda menerima mesej e-mel yang mengandungi jemputan, tarikh, masa, alamat, nombor telefon dan jenis maklumat lain, anda boleh menggunakan maklumat tersebut dengan mudah dalam app Kalendar dan Kenalan.
Tambah peristiwa pada Kalendar
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej yang mengandungi Cadangan Siri.
Klik “tambah” untuk menyemak semula peristiwa dicadangkan (anda boleh menyesuaikan peristiwa dengan mengklik Butiran).
Lakukan satu daripada yang berikut:
Terima cadangan: Klik Tambah Ke Kalendar.
Tolak cadangan: Klik butang Tutup atau klik Abaikan.
Untuk akaun Exchange, tambah peristiwa menggunakan butang dalam sepanduk di bahagian atas e-mel. Klik Terima, Tolak, Mungkin, atau OK (untuk peristiwa dibatalkan). Balasan anda dihantar ke penganjur peristiwa dan kalendar anda pada pelayan Exchange dan dalam Kalendar dikemas kini apabila ia diselaraskan dengan pelayan.
Tambah orang ke Kenalan
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej yang mengandungi Cadangan Siri.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Terima cadangan: Klik Tambah (anda boleh semak semula maklumat yang sebelum menambahnya ke Kenalan).
Tolak cadangan: Klik butang Tutup .
Terdapat cara lain yang cepat untuk menambah seseorang ke Kenalan:
Dalam e-mel yang anda terima, gerakkan penuding ke atas Alamat Pintar, klik anak panah yang muncul, kemudian pilih Tambah ke Kenalan.
Dalam senarai mesej, pilih mesej, kemudian pilih Mesej > Tambah Pengirim ke Kenalan.
Jika anda tidak mahu Siri untuk membuat cadangan dalam Mail, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Siri, klik Cadangan & Privasi Siri, pilih Mail dalam bar sisi, kemudian nyahpilih kotak semak Tunjukkan Cadangan Siri dalam App. Jika anda menukar fikiran anda kemudian, pillih kotak semak.
Buka keutamaan Siri untuk saya
Anda juga boleh menambah peristiwa dan maklumat ke Kalendar dan Kenalan dengan menggerakkan penuding ke atas tarikh, masa, nombor telefon, alamat e-mel, atau alamat jalan sehingga garis kasar muncul, kemudian mengklik anak panah untuk mengambil tindakan.