Lihat maklumat akaun
Gunakan tetingkap Info Akaun untuk melihat maklumat tentang akaun e-mel. Sebagai contoh, anda boleh semak ruang maksimum dan tersedia pada pelayan mel akaun dan padam mesej dari pelayan mel seperti yang diperlukan.
Klik Peti Mel dalam bar Kegemaran untuk buka bar sisi Mail.
Control-klik satu peti mel dalam bar sisi, kemudian pilih Dapatkan Info Akaun.
Dalam tetingkap Info Akaun, klik menu timbul Akaun, pilih akaun, kemudian klik tab untuk melihat butiran akaun.
Had Kuota atau Mesej pada Pelayan: Pantau saiz peti mel dan mesej pada pelayan mel. Maklumat ini boleh membantu menguruskan mesej anda apabila melebihi had simpanan akaun anda. Sebagai contoh, untuk akaun IMAP, anda boleh lihat peti mel yang menggunakan ruang yang paling banyak, tunjukkan mesejnya dan memadamnya.
Senarai Langganan: Untuk akaun IMAP, peti mel awam atau dikongsi yang anda boleh langgan kepada atau nyahlanggan tersedia.
Ringkasan: Lihat ringkasan seting akaun, seperti yang berkaitan dengan pelayan mel dan keselamatan.