Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika pelayan mel menolak maklumat log masuk anda
Jika pelayan mel tidak menerima nama dan kata laluan pengguna anda, cuba cadangan ini.
Pastikan anda memasukkan kata laluan untuk akaun e-mel anda, bukan kata laluan log masuk untuk Mac anda atau kata laluan untuk akaun lain.
Pastikan anda memasukkan aksara huruf besar dan huruf kecil apabila diperlukan.
Sahkan maklumat log masuk anda dalam Mail dengan memilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Akaun. Jika penyedia akaun e-mel anda menawarkan mel web, cuba menggunakan nama akaun dan kata laluan anda untuk mengaksesnya. Jika itu tidak berfungsi (atau anda tidak mempunyai mel web), hubungi pembekal anda.