Gunakan teks biasa atau beraneka pada mesej
Anda boleh mengubah format mesej yang anda hantar. Format teks biasa tidak termasuk pemformatan (seperti tebal atau italik) dan item seperti jadual dan imej; mesej ini boleh dibaca oleh semua penerima. Format teks beraneka boleh termasuk pemformatan, jadual dan imej; mesej ini mungkin tidak boleh dibaca oleh sesetengah orang.
Setkan format untuk semua mesej: Pilih Mail > Keutamaan, klik Mengarang, kemudian pilih format mesej.
Ubah format untuk mesej semasa anda: Pilih Format > Jadikan Teks Beraneka atau Format > Buat Teks Biasa sebelum menghantar mesej.
Tentukan format untuk balasan: Jika anda mahu menggunakan format berlainan untuk balasan dari mesej lain yang anda tulis, pilih Mail > Keutamaan, klik Mengarang, kemudian pilih "Gunakan format mesej yang sama seperti mesej asal."