![](https://help.apple.com/assets/65A8108F6524DBD548085484/65A81090303713255A088515/ms_MY/fcdf74cf8457ce188a2aaa7cf1293c83.png)
Bermula dengan Mail pada Mac
Ketahui asas untuk bermula dengan menghantar e-mel dalam app Mail.
![Tetingkap Mail menunjukkan dialog akaun.](https://help.apple.com/assets/65A8108F6524DBD548085484/65A81090303713255A088515/ms_MY/3d83090e01a47ffff59a2c72738eaaf4.png)
Tambah akaun e-mel
Sebelum anda boleh menghantar e-mel, anda perlu menambah akaun e-mel anda—seperti iCloud, Exchange atau Gmail. Untuk menambah akaun anda, pilih Mail > Tambah Akaun, pilih jenis akaun, kemudian klik Teruskan.
![Tetingkap Mail menunjukkan peti mel berbeza dalam bar sisi.](https://help.apple.com/assets/65A8108F6524DBD548085484/65A81090303713255A088515/ms_MY/46c61eaab2f36d878c06593690bf1efc.png)
Susun e-mel anda
Menggunakan peti mel ialah cara yang mudah untuk menyusun e-mel. Untuk mencipta peti mel, pilih Peti Mel > Peti Mel Baharu, kemudian masukkan nama.
![Tetingkap mel menunjukkan hasil carian.](https://help.apple.com/assets/65A8108F6524DBD548085484/65A81090303713255A088515/ms_MY/642c06a21d9f00f8e6477db980b1a2bf.png)
Cari e-mel dengan cepat
Anda boleh mencari e-mel dengan cepat dengan mencari menggunakan perkataan anda sendiri. Dalam Mail, klik di penjuru kanan atas dan taipkan perkataan seperti “foto”. Mail menunjukkan e-mel tempat perkataan kelihatan dan menu lungsur membenarkan anda menentukan carian anda mengikut kategori seperti pengirim atau subjek.
Mahu ketahui lebih lanjut?