Tukar Seting Pelayan dalam Mail pada Mac
Gunakan keutamaan Seting Pelayan dalam Mail untuk menukar pilihan bagi pelayan mel masuk dan keluar (SMTP) akaun.
Untuk menukar keutamaan ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Akaun, kemudian klik Seting Pelayan.
Nota: Seting yang anda lihat berbeza bergantung pada jenis akaun anda.
Seting pelayan mail masuk
Nama Pengguna | Nama pengguna anda pada pelayan mel. |
Kata Laluan | Kata laluan anda pada pelayan mel. |
Nama Hos | Nama pelayan mel. |
Uruskan seting sambungan secara automatik | Mail menguruskan seting bagi akaun e-mel anda dalam Mail secara automatik, seperti nombor port dan kaedah pengesahan. Jika anda menyahpilih pilihan ini, anda boleh menentukan yang berikut, seperti yang diarahkan oleh penyedia akaun e-mel anda:
|
Seting IMAP atau Exchange Lanjutan | Masukkan atau tukar seting ini seperti yang diarahkan oleh penyedia akaun e-mel anda:
|
Seting pelayan mel keluar (SMTP)
Akaun | Akaun pelayan mel. Untuk menukar seting pelayan keluar, seperti yang diarahkan oleh penyedia akaun e-mel anda, klik menu timbul Akaun, kemudian pilih Edit Senarai Pelayan SMTP. |