Tambah pas pada Wallet menggunakan Mail pada Mac
Jika anda menerima pas naik, kupon, tiket filem, atau pas lain dalam Mail, anda boleh menambahnya ke Wallet pada peranti iOS, atau Apple Watch anda (jika pilihan Cerminkan iPhone diaktifkan dalam app Apple Watch).
iCloud mesti disediakan pada komputer Mac dan peranti iOS anda (iOS 6 atau lebih baru). Lihat Sediakan ciri iCloud pada Mac.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej yang mengandungi pas.
Klik Lihat Pas dalam sepanduk di atas mesej.
Jika pas telah ditambah, ditebus, atau tamat tempoh, kod bar pas dimalapkan.
Untuk butiran tentang pas tersebut, klik butang Info pas. Untuk berkongsi pas, klik butang Kongsi .
Klik Tambah ke Wallet dalam pas.
Jika anda telah menambah pas, tetapi kandungannya telah diubah, butang Kemas Kini ditunjukkan.
Untuk mencari pas yang anda terima, taipkan pas dalam medan carian Mail, kemudian pilih cadangan daripada kategori Lampiran. Anda juga boleh mencari jenis pas (seperti kupon) atau vendor.