pengesahan dua langkah

Pengesahan dua langkah adalah cara lain untuk meningkatkan keselamatan Apple ID yang anda gunakan untuk daftar masuk ke iCloud. Ia memerlukan anda mengesahkan identiti menggunakan satu daripada peranti anda atau Kunci Pemulihan anda, sebagai tambahan kepada memasukkan kata laluan anda. Begini caranya:

  • Anda masukkan Apple ID dan kata laluan anda seperti biasa.

  • Apple menghantar kod pengesahan sementara ke salah satu peranti anda.

  • Anda masukkan kod untuk mengesahkan identiti anda dan selesai mendaftar masuk.

Anda boleh setkan pengesahan dua langkah apabila anda mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda. Apabila anda menyediakannya, anda dapat mendaftarkan satu atau lebih peranti yang dipercayai, yang boleh menerima kod pengesahan menggunakan sama ada pemberitahuan Cari iPhone Saya atau SMS. Anda juga menerima Kunci Pemulihan untuk digunakan jika anda tiada akses kepada peranti dipercayai.

Nota: Pengesahan dua-langkah bukan pilihan sekiranya pengesahan dua-faktor tersedia untuk Apple ID anda.

Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua langkah untuk Apple ID.