tindanan

Tindanan adalah pintasan folder di Dock. Ia memberikan anda akses yang cepat, terus ke fail dalam folder. Tindanan boleh mengandungi apa-apa sahaja yang anda boleh tempatkan dalam folder. Apabila anda klik tindanan, ia berbingkas buka. Anda boleh seret item masuk dan keluar tindanan, seperti yang anda lakukan dengan folder biasa.

Secara lalai, Dock mempunyai tindanan Muat Turun supaya anda dapat mengakses item yang anda muat turun dari Internet dengan mudah, menerima sebagai lampiran, atau terima melalui AirDrop. Anda boleh menambah lebih banyak tindanan dengan menyeret folder ke kanan baris pemisah Dock.

Jika anda lebih suka melihat tindanan sebagai folder, tekan Control-klik ikon tindanan dalam Dock, kemudian pilih Paparan sebagai Folder.