Perencanaan Dipertingkatkan

Ciri macOS yang membenarkan anda merencana di luar talian, tanpa sambungan Internet. Dengan Perencanaan Dipertingkatkan, anda boleh menggunakan perintah perencanaan (juga dikenali sebagai perintah bercakap) untuk laksanakan tugasan dan mengawal Mac anda semasa merencana teks. OS X v10.11 atau lebih baru membekalkan pilihan untuk menggunakan frasa kata kunci perencanaan supaya anda boleh menggunakan perintah perencanaan walaupun apabila anda tidak merencana teks.

Pertama kali anda mengaktifkan Perencanaan Dipertingkatkan dan apabila anda menambah bahasa untuk digunakan dengannya, macOS memuat turun perisian tambahan yang membenarkan Perencanaan berfungsi di luar talian. Jumlah ruang cakera kosong yang diperlukan untuk memuat turun berbilang perisian ini bergantung pada bahasa. Selepas perisian tambahan dimuat turun, anda boleh merencana walaupun sambungan Internet tidak tersedia.