Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilih item dalam Senarai Tampalan menggunakan Logic Remote pada iPad
Senarai Tampalan ialah tempat anda akan mencari semua tampalan dan set dalam konsert. Anda boleh memilih, mencari atau menduplikasi tampalan dalam Senarai Tampalan.
Buka Senarai Tampalan
Ketik butang Senarai Tampalan dalam bar kawalan.
Senarai Tampalan terbuka dalam paparan skrin penuh, melainkan anda berada dalam paparan Smart Control & [Instrumen Sentuh]. Dalam kes ini, Senarai Tampalan hanya terbuka dalam bahagian atas skrin, yang membolehkan anda memainkan Instrumen Sentuh semasa melayari tampalan.
Pilih tampalan atau set
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik tampalan.
Ketik set, kemudian ketik tampalan.
Cari tampalan
Ketik medan carian di bahagian atas Senarai Tampalan.
Masukkan nama yang anda mahu cari, kemudian ketik Cari.
Tampalan yang sepadan muncul dalam senarai hasil.