Edit adegan dengan Logic Remote pada iPhone
Anda boleh memainkan sel dalam adegan (lajur grid) secara individu, atau bersama-sama seperti bahagian dalam susunan muzikal. Anda boleh menduplikasi, menamakan semula, mengalihkan dan memadamkan adegan. Anda boleh menukar seting Kuantumkan Permulaan dan Mod Main untuk semua sel dalam adegan.
Duplikasi adegan
Ketik butang Edit , ketik pencetus adegan, kemudian ketik Duplikasi.
Masukkan adegan kosong
Ketik butang Edit , ketik pencetus adegan, kemudian ketik Masukkan Adegan Kosong.
Namakan semula adegan
Ketik butang Edit , ketik pencetus adegan, kemudian ketik Namakan Semula.
Masukkan nama baharu untuk adegan, kemudian ketik Selesai.
Edit seting adegan
Ketik butang Edit , ketik pencetus adegan, kemudian ketik Persediaan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menukar nilai Kuantum Permulaan bagi adegan: Ketik Kuantumkan Permulaan, kemudian ketik Global atau nilai not.
Untuk menukar mod main untuk adegan: Ketik Mod Main, kemudian ketik seting baharu (Mula / Henti, Seketika, atau Cetus Semula).
Untuk mengeset semua pencetus adegan: Ketik Setkan Semua Pencetus Adegan, kemudian ketik seting untuk Kuantumkan Permulaan dan Mod Main.
Padamkan adegan
Ketik butang Edit , ketik pencetus adegan, kemudian ketik Padam.