Gambaran keseluruhan Instrumen Sentuh Logic Remote pada iPad
Dengan Logic Remote, anda boleh menggunakan Instrumen Sentuh untuk memainkan instrumen perisian dalam projek Logic Pro. Terdapat Instrumen Sentuh untuk keyboard, dram, gitar, bes dan tali. Secara lalai, Instrumen Sentuh yang ditunjukkan bergantung pada jenis Smart Control dan tampalan dimuatkan pada jaluran saluran instrumen perisian yang dipilih. Anda boleh memilih Instrumen Sentuh yang berbeza daripada yang sepadan dengan Smart Control. Anda boleh juga memainkan Instrumen Sentuh menggunakan peranti MIDI yang disambungkan ke iPad anda.
Pilih Instrumen Sentuh yang berbeza
Ketik butang Paparan dalam bar kawalan.
Ketik Laksana menggunakan, kemudian ketik Instrumen Sentuh yang anda mahu gunakan, atau ketik Automatik.
Apabila anda mengetik Automatik, Instrumen Sentuh ditentukan mengikut jenis Smart Control dan tampalan yang dimuatkan pada jaluran saluran instrumen perisian dipilih.
Bahagian berikut memberikan maklumat khusus mengenai setiap Instrumen Sentuh.