
Bertukar antara paparan dalam Logic Remote pada iPhone
Anda boleh menggunakan butang Paparan untuk menukar paparan agar anda boleh memainkan Instrumen Sentuh, menggunakan Pencampur, bekerja dengan perintah kekunci dan membuka Bantuan Pintar. Paparan Instrumen Sentuh dan Smart Control bergantung pada jenis instrumen yang digunakan oleh jaluran saluran yang dipilih.
Anda juga boleh menggunakan butang Paparan untuk bertukar antara paparan semasa dan sebelumnya dengan cepat.
Pilih paparan berlainan
- Dalam Logic Remote, dengan peranti dalam orientasi landskap (mendatar), ketik butang Paparan  dalam bar kawalan, kemudian ketik paparan yang anda mahu tukar. dalam bar kawalan, kemudian ketik paparan yang anda mahu tukar. 
Bertukar antara paparan semasa dan sebelumnya dengan cepat
- Dalam Logic Remote, dwiketik butang Paparan  . .
Skrin bertukar kepada paparan yang dipilih sebelumnya dan kembali atau kepada Pencampur jika tiada paparan yang dipilih sebelumnya.