Tambah persamaan matematik dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menambah ungkapan dan persamaan matematik sebagai objek terapung pada slaid. Untuk menambah persamaan, anda mengarangnya dalam dialog persamaan Keynote menggunakan perintah LaTeX atau elemen MathML, kemudian masukkannya dalam pembentangan anda.
Anda juga boleh menambah persamaan sebaris dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.
Tambahkan persamaan dengan LaTeX atau MathML
Lakukan salah satu daripada berikut:
Letakkan persamaan sebaris dengan teks: Letakkan titik sisipan dalam kotak teks atau bentuk, atau pilih teks yang anda mahu persamaan gantikan.
Letakkan persamaan supaya ia boleh digerakkan dengan bebas: Klik di luar slaid untuk memastikan tiada yang dipilih.
Pilih Masukkan > Persamaan (daripada menu Masukkan di bahagian atas skrin anda).
Masukkan persamaan dalam medan menggunakan perintah LaTeX atau elemen MathML.
Klik Masukkan.
Jika anda menambah persamaan terapung, seret persamaan untuk menempatkannya semula pada slaid.
Edit, padam atau alihkan persamaan dengan LaTeX atau MathML
Selepas anda menambah persamaan, anda boleh mengubah suainya.
Edit persamaan: Dwiklik persamaan, buat perubahan anda, kemudian klik Kemas Kini.
Alihkan persamaan: Klik persamaan, kemudian seretkan dari tengah ke lokasi baharu pada slaid atau dalam teks.
Tukar saiz atau warna persamaan: Klik persamaan, kemudian gunakan kawalan dalam bar sisi di sebelah kanan untuk menukar saiz fon, warna atau penjajaran persamaan. Jika anda tidak nampak bar sisi, klik dalam bar alat. Anda juga boleh klik pemegang putih di sekeliling persamaan dan seret untuk menukar saiznya.
Salin persamaan: Klik persamaan, pilih Edit > Salin (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih Edit > Tampal. Seret salinan ke lokasi baharu pada slaid.
Padam persamaan: Klik persamaan, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Gerakkan persamaan terapung sebaris dengan teks: Potong dan tampal persamaan pada slaid ke dalam kotak teks atau bentuk. Lihat Letakkan objek dalam kotak teks atau bentuk.