Mainkan pembentangan melalui internet dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menggunakan FaceTime, Webex, Zoom atau app persidangan video lain untuk memainkan pembentangan anda melalui internet supaya semua orang yang anda berikan akses boleh melihatnya pada masa yang sama—pada peranti mereka sendiri, di mana-mana sahaja mereka berada. Sebagai pembentang, anda mengawal masa pembentangan bermula dan berhenti.
Pada bila-bila masa semasa FaceTime, Webex, Zoom atau app persidangan video lain, anda boleh membentangkan tayangan slaid Keynote anda kepada orang yang berada dalam panggilan.
Dalam Keynote, klik untuk memilih slaid yang anda mahu bermula, pilih Main > Dalam Tetingkap, kemudian klik . Tayangan slaid dan paparan pembentang kelihatan dalam dua tetingkap pada skrin anda.
Nota: Jika anda tidak melihat paparan pembentang, alihkan penuding ke atas bahagian atas tetingkap tayangan slaid dan klik , atau pilih Main > Tunjukkan Paparan Pembentang dalam Tetingkap.
Semasa dalam panggilan persidangan video, lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam FaceTime: Klik dalam bar menu di bahagian atas skrin. Dalam menu timbul yang kelihatan, klik , kemudian klik Tetingkap. Klik tetingkap yang anda mahu kongsi, kemudian klik butang Kongsi Tetingkap Ini.
Dalam app persidangan video lain: Gunakan kawalan app untuk berkongsi tetingkap Keynote. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang datang dengan app persidangan video yang anda gunakan.
Untuk maju menerusi pembentangan, lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kanan.
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kiri.
Lompat ke slaid berlainan: Klik , kemudian klik imej kecil slaid dalam penavigasi slaid. Anda juga boleh menekan sebarang kekunci nombor untuk membuatkan penavigasi slaid kelihatan, masukkan nombor slaid dalam medan teks di bahagian atas, kemudian menekan Return.
Untuk berhenti berkongsi pembentangan Keynote anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam FaceTime: Klik , kemudian klik .
Dalam app persidangan video lain: Gunakan kawalan app untuk berhenti berkongsi tetingkap Keynote.
Anda juga boleh menyiarkan pembentangan anda pada tapak web yang menyokong pembentangan Keynote terbenam (seperti Medium atau WordPress) supaya penonton boleh navigasi pembentangan dalam pemain pada tapak web. Untuk mengetahui cara menjana pautan kepada pembentangan dan untuk setkan kebenaran melihatnya, lihat Siarkan pembentangan anda dalam blog dengan Keynote pada Mac.