Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea dalam Keynote pada Mac
Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk beberapa sistem penulisan berbeza untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada Mac anda. Keynote menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik.
Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:
Bahasa Cina Ringkas: PingFang SC
Bahasa Cina Tradisional untuk Taiwan: PingFang TC
Bahasa Cina Tradisional untuk Hong Kong dan Macao: PingFang HK
Bahasa Korea Apple SD Gothic Neo
Bahasa Jepun: Hiragino Sans (sans serif) atau Hiragino Mincho (serif)
Penting: Arahan di bawah menganggap bahawa anda telah menyediakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea pada Mac anda. Untuk menyediakan papan kekunci antarabangsa, lakukan satu yang berikut:
macOS Ventura 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem > Papan Kekunci, klik Edit di sebelah kanan Sumber Input, kemudian klik untuk menambahkan bahasa baharu.
macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Papan Kekunci, klik Sumber Input, kemudian klik untuk menambahkan bahasa baharu.
Tambah tanda tekanan bahasa Cina atau Jepun
Anda boleh menambah tanda tekanan yang selalunya digunakan dengan teks bahasa Cina atau Jepun. Sebagai contoh, dengan menggunakan papan kekunci bahasa Cina, anda boleh menggunakan titik Boten di bawah atau di atas teks, atau garis bawah beralun. Dengan teks Bahasa Jepun, anda boleh menambah titik biasa atau titik sesame.
Tukar papan kekunci anda ke papan kekunci bahasa Cina atau Jepun.
Pilih aksara yang anda mahu formatkan, kemudian dalam bar sisi Format , klik tab Teks.
Klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang tanda penekanan.
Pilihan pemformatan bergantung pada papan kekunci yang disediakan.
Gunakan gaya senarai bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh menggunakan senarai gaya Cina, Jepun dan Korea (khususnya, gaya bulet atau sistem pernomboran) untuk senarai yang ditulis dalam sebarang bahasa.
Pilih item senarai dengan penomboran atau huruf yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
Klik menu timbul bersebelahan Bulet & Senarai dan pilih Bernombor.
Klik anak panah pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai (untuk membukanya), klik menu timbul di atas Nombor Berperingkat, kemudian pilih jujukan nombor atau huruf.
Pilihan pemformatan bergantung pada papan kekunci yang disediakan.