Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
- Hak Cipta
Pembentangan Keynote main sendiri atau interaktif pada iPhone
Anda boleh mengesetkan pembentangan anda agar maju secara automatik, seperti filem, tanpa memerlukan interaksi. Atau anda boleh menyediakan pembentangan interaktif yang menukar slaid hanya apabila penonton mengetik pautannya. Anda juga boleh mengesetkan pembentangan untuk bermain secara berterusan dalam gelung dan dimulakan semula jika pembentangan melahu untuk tempoh masa tertentu.
Pilih ini berguna terutamanya apabila pembentangan dimainkan dalam persekitaran kiosk.
Buat pembentangan interaktif atau yang maju secara automatik
Semasa pembentangan terbuka, ketik .
Ketik Seting, ketik Jenis Pembentangan, kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Pautan Sahaja: Menukar slaid hanya apabila penonton (atau pembentang) mengetik pautan.
Main Sendiri: Maju secara automatik, tanpa sebarang interaksi.
Untuk kembali kepada kelakuan lalai menukar slaid dengan mengetik padanya, pilih Biasa.
Untuk membolehkan pembentangan dimulakan semula secara automatik, aktifkan Mula Semula Pembentangan jika Melahu, kemudian seret gelangsar untuk mengesetkan tempoh masa melahu sebelum pembentangan bermula semula.
Jika berlaku sebarang interaksi dengan skrin selepas tempoh masa yang ditentukan, pembentangan kembali ke slaid pertama.
Untuk membuatkan pembentangan berulang secara berterusan, aktifkan Gelung Tayangan Slaid.
Ketik Selesai untuk kembali ke slaid.
Untuk memainkan pembentangan, ketik untuk memilih slaid yang anda mahu mulakan dalam penavigasi slaid, kemudian ketik .