Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada iPhone
Apabila iCloud Drive diaktifkan untuk peranti anda, iCloud Drive menyimpan pembentangan anda dan memastikannya kekal terkini pada komputer, peranti iOS dan peranti iPadOS anda yang mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Anda sentiasa melihat versi terkini pembentangan anda, tidak kira tempat anda membuat pengeditan terakhir anda.
Untuk penyelarasan lancar pembentangan, gunakan iCloud Drive dan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: macOS 13, iOS 16 atau iPadOS 16, atau lebih baharu. Pada iPhone atau iPad, item yang disimpan dalam iCloud Drive kelihatan dalam pengurus dokumen.
Anda juga boleh menggunakan Keynote untuk iCloud untuk mencipta dan mengedit pembentangan Keynote menggunakan pelayar web yang disokong pada komputer Mac atau peranti Windows.
Sediakan iCloud Drive pada iPhone atau iPad anda
Ketik Seting pada skrin Utama anda, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Jika anda telah mendaftar masuk ke Akaun Apple anda: Ketik nama anda di bahagian atas Seting.
Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda: Ketik “Daftar masuk ke iPhone anda”, masukkan alamat e-mel (atau nombor telefon) Akaun Apple anda dan kata laluan, atau minta Akaun Apple, kemudian daftar masuk. Ikuti sebarang arahan untuk mengesahkan.
Penting: Jika anda terlupa maklumat daftar masuk untuk Akaun Apple, anda boleh memulihkannya pada tapak web Akaun Apple. Walaupun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Akaun Apple, ia tidak disyorkan. Pembelian yang dibuat semasa mendaftar masuk ke satu Akaun Apple tidak boleh digabungkan dengan pembelian yang dibuat semasa mendaftar masuk ke satu Akaun Apple yang lain.
Ketik iCloud, kemudian skrol bawah dan aktifkan iCloud Drive.
Skrol ke bawah, kemudian aktifkan Keynote.
Seting ini membenarkan pembentangan Keynote diselaraskan merentasi peranti anda.
Apabila iCloud dinyahaktifkan untuk Keynote pada peranti ini, pengeditan yang anda buat atau pembentangan baharu yang anda cipta tidak disimpan dalam iCloud Drive. Pembentangan yang baru dicipta atau ditukar pada peranti lain atau pada komputer anda tidak tersedia dalam Keynote pada peranti ini.
Petua untuk menguruskan pembentangan merentas peranti
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan pembentangan anda merentas peranti:
Jika anda mengedit dan kemudian menutup pembentangan apabila anda tidak bersambung ke internet, anda akan melihat ikon awan pada imej kecil pembentangan. Pada kali seterusnya anda bersambung ke internet, pembentangan yang diedit akan disimpan dalam iCloud Drive.
Jika anda edit pembentangan pada berbilang komputer atau peranti dan tidak memberikan masa untuk pengeditan anda diselaraskan, anda akan melihat konflik. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua versi tersebut. (Ini hanya tertakluk pada pembentangan yang tidak dikongsikan dengan lain).
Jika anda memadam pembentangan, anda boleh pilih untuk sama ada memadamnya daripada Keynote pada semua peranti anda atau hanya pada peranti yang anda sedang gunakan. Jika anda memadamkannya pada hanya peranti yang anda gunakan, ia kelihatan pada pengurus dokumen dengan lencana iCloud di penjurunya; ketik imej kecil untuk memuat turun pembentangan sekali lagi. Memadam pembentangan yang dikongsi oleh seseorang dengan anda mengeluarkannya daripada iCloud Drive anda dan daripada Keynote pada semua peranti anda. Anda boleh ketik lagi pautan dikongsi untuk menambah semula pembentangan itu ke iCloud Drive, menjadikannya tersedia pada semua komputer dan peranti anda dengan iCloud aktif.
Jika anda menggunakan folder untuk menyusun pembentangan anda, susunan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.
Jika anda menambah kata laluan pada pembentangan pada satu peranti, kata laluan tersebut diperlukan untuk membuka pembentangan pada semua peranti anda.