Panduan Pengguna Keynote untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Keynote
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta pembentangan pertama anda
- Buka pembentangan
- Simpan dan namakan pembentangan
- Cari pembentangan
- Cetak pembentangan
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Keynote
- Cipta pembentangan menggunakan VoiceOver
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
- Hak Cipta
Serlahkan sel secara bersyarat dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menetapkan Keynote untuk menukar rupa sel atau teksnya apabila nilai dalam sel memenuhi kriteria tertentu. Contohnya, anda boleh membuatkan sel bertukar menjadi merah jika ia mengandungi nombor negatif. Untuk menukar penampilan sel berdasarkan nilai selnya, cipta peraturan penyerlahan bersyarat.
Tambah peraturan penyerlahan
Ketik , ketik Sel, kemudian ketik Tambah Penyerlahan Bersyarat.
Ketik jenis peraturan (contohnya, jika nilai sel anda ialah nombor, ketik Nombor), kemudian ketik peraturan.
Masukkan nilai untuk peraturan.
Sebagai contoh, jika anda memilih peraturan “tarikh ialah selepas,” masukkan tarikh selepas tarikh dalam sel.
Ketik gaya teks, seperti tebal atau italik, atau isian sel, seperti merah atau hijau.
Anda boleh memilih Gaya Tersuai untuk memilih warna fon, gaya fon dan isian sel anda sendiri.
Ketik Selesai.
Nota: Jika sel sepadan dengan berbilang peraturan, penampilannya berubah menurut peraturan pertama dalam senarai. Untuk menyusun semula peraturan, ketik Edit, kemudian seret bersebelahan nama peraturan. Ketik Selesai.
Ulang peraturan penyerlahan
Selepas anda menambah peraturan penyerlahan bersyarat pada sel, anda boleh menggunakan peraturan tersebut pada sel lain juga.
Pilih sel dengan peraturan yang anda mahu ulang dan sel yang anda mahu tambahkan peraturan tersebut.
Ketik , kemudian ketik Sel.
Di bawah Penyerlahan Bersyarat, ketik Gabungkan Peraturan.
Padamkan peraturan penyerlahan
Pilih sel atau sel dengan peraturan yang anda mahu padamkan.
Ketik , kemudian ketik Sel.
Di bawah Penyerlahan Bersyarat, leret ke kiri pada peraturan yang anda mahu padam, kemudian ketik Padam.