Buka pembentangan Keynote pada iPad
Anda boleh membuka pembentangan Keynote yang disimpan pada iPad anda, dalam iCloud Drive, pada pelayan bersambung, dalam penyedia storan pihak ketiga lain dan pada peranti storan luaran yang bersambung ke iPad anda. Anda boleh membuka dan mengedit pembentangan Microsoft PowerPoint (fail dengan sambungan nama fail .pptx atau .ppt) dalam Keynote, kemudian simpannya sebagai pembentangan Keynote atau PowerPoint.
Nota: Apabila anda membuka pembentangan disimpan dalam iCloud Drive, ia dimuat turun secara automatik ke peranti anda.
Buka pembentangan sedia ada dalam Keynote
Buka Keynote dan jika pembentangan sudah dibuka, ketik Pembentangan di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.
Ketik imej kecil untuk membuka pembentangan.
Jika anda tidak melihat pembentangan yang anda mahu buka, cuba cari pembentangan, atau ketik pautan di penjuru kiri atas untuk melayari Terbaru atau lokasi berbeza. Lihat Cari pembentangan Keynote pada iPad.
Untuk membuat perubahan pada pembentangan, anda mungkin perlu mengetik di bahagian atas skrin.
Pembentangan yang anda terima daripada seseorang mungkin dibuka dalam paparan bacaan. Dalam paparan bacaan, anda boleh melihat kandungan dan melaksanakan tugas asas dalam pembentangan, tetapi untuk membuat sebarang perubahan, anda mesti bertukar ke paparan pengeditan. Jika anda tidak melihat di bahagian atas skrin, pembentangan telah berada dalam paparan pengeditan. Lihat Elakkan pengeditan secara tidak sengaja dalam Keynote pada iPad.
Apabila anda membuka pembentangan Keynote yang menggunakan fon yang anda tiada, pemberitahuan fon tiada muncul sebentar di bahagian atas slaid. Jika anda mahu melihat fon yang hilang dan fon gantian yang sedang digunakan, ketik Tunjukkan. Untuk menggantikan fon itu dalam pembentangan ini secara kekal, ketik Selesaikan Amaran Fon, kemudian ketik Selesaikan.
Nota: Sesetengah tema tidak dimuat turun ke peranti anda sehingga anda memilihnya atau membuka pembentangan yang menggunakan tema. Jika sambungan anda perlahan atau anda tidak bersambung ke internet semasa perkara ini berlaku, imej ruang letak dan latar belakang slaid dalam pembentangan mungkin kelihatan pada resolusi yang lebih rendah sehingga anda berada dalam talian semula atau tema selesai memuat turun.