![](https://help.apple.com/assets/5D92B38C09462293220105B2/5D92B39D09462293220105B9/ms_MY/1a1e2eb6ecde8c485816301cc05700d7.png)
Jika anda perlu kemas kini kata laluan rantai kunci anda pada Mac
Secara lalai, kata laluan rantai kunci anda adalah sama dengan kata laluan pengguna anda (kata laluan yang anda gunakan untuk log masuk ke komputer). Anda boleh menukar kata laluan pengguna dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan dan kata laluan rantai kunci ditukar secara automatik untuk memadankannya.
Jika anda tidak teringat kata laluan pengguna sebelum, anda perlu reset rantai kunci lalai anda. Mereset rantai kunci lalai akan memadam semua kata laluan yang disimpan dalam rantai kunci, tetapi seharusnya membenarkan anda menyelaraskan kata laluan log masuk dan kata laluan anda yang disimpan dalam rantai kunci.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci
pada Mac anda, pilih Akses Rantai Kunci > Keutamaan.
Klik Reset Rantai Kunci Lalai Saya.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih menu Apple
> Log Keluar. Apabila anda log masuk semula, simpan kata laluan log masuk semasa anda dalam rantai kunci.
Jika kata laluan pengguna anda direset kerana anda terlupa kata laluan dan anda tidak dapat memberikan kata laluan lama untuk rantai kunci ini, anda tidak akan dapat mengakses maklumat dalam rantai kunci lama dan rantai kunci kosong yang baru akan dicipta.