Gunakan gerak isyarat
Gerak isyarat ialah aksara atau bentuk yang digunakan sebagai pintasan semasa menulis teks atau sebagai kekunci istimewa (seperti kekunci Enter). Apabila anda menggunakan gerak isyarat, cuba cadangan berikut:
Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih besar daripada biasa untuk mengasingkan gerak isyarat daripada perkataan sebelumnya.
Panjangkan bahagian ekor untuk membezakannya daripada huruf.
Jika gerak isyarat mengganggu gaya tulisan tangan anda, nyahpilihnya dalam anak tetingkap Gerak Isyarat dari keutamaan Ink.
Tunggu sehingga perkataan sebelumnya dikenali sebelum menulis gerak isyarat.
Sesetengah gerak isyarat, seperti Sertai, berfungsi hanya dalam pad Ink atau dalam app yang serasi dengan Ink.
Anak tetingkap Gerak Isyarat di keutamaan Ink menunjukkan gerak isyarat yang tersedia dan cara untuk menulisnya. Untuk membuka anak tetingkap, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Ink, kemudian klik Gerak Isyarat.
Buka anak tetingkap Gerak Isyarat untuk saya