Gerak isyarat trackpad Force Touch dalam iMovie pada Mac
Jika anda memiliki trackpad Force Touch, anda boleh mengakses fungsi tambahan dalam iMovie dengan menukar kekuatan penekanan anda. Trackpad turut memberi anda maklum balas (anda merasakan getaran lembut) apabila anda:
Seret segi empat pangkas dan ia melekat pada panduan penjajaran semasa memangkas
Seret melebihi hujung atau permulaan klip dalam garis masa
Seret tajuk di bahagian atas klip dalam garis masa
Maju pantas dan putar balik klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Maju pantas: Klik dan tahan butang Seterusnya di bawah pemapar; tekan lebih kuat untuk meningkatkan kelajuan.
Putar balik: Klik dan tahan butang Sebelumnya di bawah pemapar; tekan lebih kuat untuk meningkatkan kelajuan.
Ubah jenis peta perjalanan beranimasi
Anda boleh menukar jenis peta perjalanan beranimasi yang anda gunakan dalam filem tanpa meninggalkan garis masa.
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik paksa peta latar belakang dalam garis masa (tekan dengan kuat sehingga anda merasakan klik yang lebih dalam) dan pilih gaya peta daripada menu.