Edit tajuk pratonton app dalam iMovie pada Mac
iMovie termasuk set tajuk yang direka bentuk untuk mempamerkan app dalam penggunaan, tersedia hanya untuk projek pratonton app. Sesetengah tajuk dinamakan untuk menunjukkan fungsi khusus:
Skala: Tajuk ini menguncupkan klip dan meletakkan tajuk di atas atau di bawahnya.
Bar: Tajuk ini termasuk blok teks dan bar warna. Sesetengah blok teks boleh ditempatkan secara menegak.
Anda menambah tajuk pratonton app dan mengedit tajuk melalui cara yang sama seperti projek filem standard. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah tajuk dalam iMovie pada Mac dan Ubah suai tajuk dalam iMovie pada Mac.
Formatkan tajuk pratonton app
Dalam app iMovie pada Mac anda, dwiklik tajuk pratonton app dalam garis masa.
Untuk membuka pratonton app anda dalam garis masa, dwikliknya dalam paparan Projek.
Medan teks dalam tajuk diserlahkan untuk pengeditan dan kawalan tajuk muncul di atas pemapar.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar fon: Klik menu timbul Fon dan pilih fon.
Untuk memilih antara fon tambahan menggunakan tetingkap Fon macOS, pilih Tunjukkan Fon (pilihan terakhir) dalam menu timbul Fon.
Tukar saiz teks: Klik menu timbul Saiz, di sebelah kanan menu timbul Fon dan pilih saiz fon.
Tukar penjajaran teks: Klik salah satu butang penjajaran teks.
Tukar warna teks: Klik perigi warna Teks dan pilih warna dari tetingkap Warna.
Tukar warna bar atau latar belakang tajuk: Klik perigi warna Bar atau perigi warna Latar Belakang dan pilih warna dari tetingkap Warna.
Nota: Bergantung pada gaya tajuk yang anda pilih, sesetengah seting tajuk mungkin tidak tersedia.
Apabila anda berpuas hati dengan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan tajuk.
Tempatkan semula bar teks boleh gerak
Tajuk pratonton aplikasi dengan “boleh gerak” dalam nama menggunakan kawalan khas untuk menempatkan teks.
Dalam app iMovie pada Mac anda, dwiklik tajuk pratonton app boleh gerak dalam garis masa.
Untuk membuka pratonton app anda dalam garis masa, dwikliknya dalam paparan Projek.
Medan teks dalam tajuk diserlahkan untuk pengeditan dan kawalan tajuk muncul di atas pemapar.
Seret bar untuk menempatkan teks.