Cipta projek filem dalam iMovie pada iPhone
Filem Ajaib sesuai digunakan apabila anda mahu iMovie mencipta filem anda untuk anda. Projek papan cerita sesuai untuk apabila anda mahu iMovie membimbing anda dalam mencipta filem bertema. Apabila anda tahu dengan tepat cara anda mahu menyusun klip anda dan mahu melakukannya secara manual, anda boleh mencipta projek filem. Projek filem tidak menawarkan panduan dan ciri automatik projek Filem Ajaib serta projek papan cerita, tetapi anda mendapat kawalan yang lebih halus untuk mengedit filem akhir anda dengan alat pengeditan garis masa lanjutan yang hanya tersedia untuk projek filem.
Selepas anda mencipta projek filem, anda boleh melayari klip video untuk menambah padanya. Pelayar media memaparkan semua klip video yang anda rakam dari dalam iMovie dan juga sebarang klip video daripada pustaka foto anda.
Dalam app iMovie pada iPhone anda, ketik Mulakan Projek Baharu, kemudian ketik Filem.
Jika anda tidak melihat Mulakan Projek Baharu, ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.
Skrin Detik kelihatan, menunjukkan media anda disusun dalam detik—semua foto dan klip video dari hari atau peristiwa tertentu.
Sentuh dan tahan imej kecil untuk mempratonton foto pada saiz yang lebih besar atau untuk memainkan klip video.
Ketik foto dan klip video yang anda mahu masukkan dalam filem anda.
Anda boleh mengetik item satu persatu atau ketik Pilih untuk memilih seluruh detik. Item yang dipilih mempunyai ikon tanda semak biru .
Nota: Untuk melihat klip video, foto dan album anda, ketik Media di bahagian atas skrin.
Ketik Cipta Filem di bahagian bawah skrin.