Eksport projek daripada iMovie pada iPhone
Cara paling cekap untuk memindahkan projek daripada satu iPhone atau iPad kepada yang lain ialah dengan menggunakan AirDrop atau iCloud Drive. Jika pilihan tersebut tidak tersedia, anda boleh mengeksport projek iMovie, menyimpannya ke Mac anda dan kemudian mengimport projek menggunakan iPhone atau iPad yang berlainan.
Mengeksport projek filem atau treler mencipta versi projek yang disatukan—termasuk semua klip video, foto dan klip audio—yang boleh diedit selanjutnya. Filem atau treler asal akan kekal pada peranti yang ia dicipta.
Eksport projek iMovie
Dalam iMovie pada peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Dari pelayar Projek: Ketik projek yang anda mahu eksport.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu eksport.
Ketik butang Kongsi , kemudian ketik Eksport Projek.
Penunjuk kemajuan kelihatan semasa eksport. Projek dieksport mempunyai nama yang sama seperti projek asal, dengan nombor versi ditambah (contohnya, Berbasikal Denai Kauai 1).
Ketik Simpan ke Fail, kemudian ketik Pada iPhone Saya.
Ketik Simpan, kemudian ketik X.
Salin projek dieksport ke Mac anda
Selepas anda mengeksport projek iMovie menggunakan iPhone atau iPad, anda boleh menyalin fail dieksport ke Mac anda supaya anda boleh memindahkannya ke iPhone atau iPad lain.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke Mac anda, kemudian buka tetingkap Finder pada Mac anda (klik desktop, kemudian pilih Fail > Tetingkap Finder Baru).
Anda mungkin diminta untuk mempercayai komputer yang anda sambungkan peranti anda. Untuk meneruskan, ketik Percaya pada peranti anda.
Klik nama peranti dalam bar sisi tetingkap Finder, klik Fail dalam bar di bawah nama peranti, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan iMovie.
Seret projek yang anda mahu salin ke folder dalam tetingkap Finder.
Untuk memindahkan projek ke iPhone atau iPad lain, lihat Import klip video atau projek iMovie daripada Finder.