Bekerja dengan tema dalam iMovie pada iPad
Secara lalai, semua projek filem menggunakan tema Ringkas. Anda boleh menukar tema projek filem anda pada bila-bila masa. Setiap tema iMovie termasuk tajuk, transisi dan muzik yang diselaraskan yang membuatkan projek anda kelihatan profesional.
Tambah tema
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka projek filem.
Ketik butang Seting Projek .
Ketik tema untuk memilihnya.
Ketik di luar seting projek untuk menutupnya.
Apabila anda menukar tema, elemen tema visual (seperti tajuk dan transisi) dan juga sebarang muzik tema dalam projek ditukar agar sepadan dengan tema baharu.
Aktifkan atau nyahaktifkan muzik tema
Apabila anda mengaktifkan muzik tema dalam seting projek, muzik dilaraskan secara dinamik untuk memuatkan panjang projek anda.
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka projek filem.
Ketik butang Seting Projek .
Ketik untuk mengaktifkan atau nyahaktifkan Muzik Tema, kemudian ketik di luar tetingkap seting projek untuk menutupnya.
Anda juga boleh menambah muzik tema pada projek anda secara berasingan, dengan cara yang sama anda menambah lagu tema. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPad.