Eksport projek dalam iMovie pada iPad
Anda boleh mengeksport projek daripada iMovie pada iPhone atau iPad anda supaya anda boleh mengeditnya dalam iMovie atau Final Cut Pro pada peranti Apple lain. Jika iMovie dan Final Cut Pro dipasang pada iPad yang sama, anda boleh membuka projek iMovie terus dalam Final Cut Pro untuk iPad.
Apabila anda mengeksport projek daripada iMovie pada iPhone atau iPad anda, projek dan media yang digunakan dalam projek tersebut disimpan sebagai fail tunggal yang anda boleh salin, pindah, atau arkib dengan mudah.
Nota: Jika anda menggunakan iMovie pada iPad yang disediakan sebagai iPad Dikongsi, anda tidak boleh menyimpan projek ke iMovie untuk macOS.
Eksport projek
Dalam app iMovie pada iPad anda, ketik projek dalam pelayar Projek, ketik butang Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Eksport Projek.
Ketik salah satu daripada pilihan berikut:
AirDrop: Kongsi melalui wayarles ke peranti Apple berdekatan menggunakan AirDrop.
Simpan ke Fail: Simpan projek ke iPhone anda, iPad atau iCloud Drive.
Mail: Eksport projek dan hantarnya dalam e-mel.
Mesej: Eksport projek dan hantarnya dalam mesej teks.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap cara-cara berikut, lihat Kongsi filem anda sebagai fail video dalam iMovie pada iPad.
Jika versi iMovie untuk iOS atau iPadOS anda adalah lebih baharu daripada versi iMovie untuk macOS, anda mungkin tidak boleh membuka projek menggunakan iMovie pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan iMovie untuk macOS, lihat Panduan Pengguna iMovie untuk Mac.
Buka projek dalam Final Cut Pro untuk iPad
Anda boleh menghantar projek iMovie anda terus ke Final Cut Pro untuk iPad jika ia dipasang pada iPad anda.
Dalam app iMovie pada iPad anda, ketik projek dalam pelayar Projek, ketik butang Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Buka dalam Final Cut Pro.
Ketik Buka dalam Final Cut Pro.
Final Cut Pro untuk iPad dibuka dengan salinan projek iMovie.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna Final Cut Pro untuk iPad.