Projek Filem Ajaib dalam iMovie pada iPad.

Cipta filem secara ajaib

Dengan Filem Ajaib, pilih klip video dan foto, kemudian biarkan iMovie mencipta filem anda, lengkap dengan lagu tema, transisi antara klip dan banyak lagi. Tambah tajuk, gunakan penapis dan edit klip untuk menyesuaikan filem anda sepenuhnya.

Cipta projek Filem Ajaib baharu

Projek papan cerita dalam iMovie pada iPad.

Cipta papan cerita filem anda

Pilih daripada pilihan papan cerita untuk membantu anda bermula. Setiap papan cerita disertakan senarai syot fleksibel yang menyediakan panduan langkah demi langkah untuk klip yang anda perlu rakam bagi membuatkan video serta tajuk, transisi dan muzik anda sepadan.

Cipta projek papan cerita baharu

Projek filem dalam iMovie pada iPad.

Cipta filem terbaik

Apabila anda mahu mengawal setiap butiran, gunakan alat lanjutan untuk mengedit klip anda bersama, kemudian tambah tajuk beranimasi, muzik, penapis dan kesan. iMovie membantu anda memberitahu cerita anda dengan gaya profesional—dan kemudian berkongsi karya agung anda dengan dunia.

Cipta projek filem baharu

Untuk meneroka Panduan Pengguna iMovie, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.