Cipta projek Filem Ajaib dalam iMovie pada iPad
Apabila anda mencipta projek Filem Ajaib, iMovie mencipta filem yang kelihatan profesional secara automatik daripada media anda.
Dalam app iMovie pada iPad anda, ketik Mulakan Projek Baharu, kemudian ketik Filem Ajaib.
Jika anda tidak melihat Mulakan Projek Baharu, ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.
Album dan memori dalam app Foto pada peranti anda kelihatan dalam iMovie.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih media daripada album Terbaru atau Video: Ketik album Terbaru atau Video, kemudian ketik klip dan foto yang anda mahu gunakan.
Pilih media daripada album yang anda cipta: Ketik album, kemudian ketik klip dan foto yang anda mahu gunakan.
Klip akan kelihatan dalam projek dalam tertib yang anda ketiknya. Anda boleh melihat tertib setiap klip mengikut nombor yang kelihatan di penjuru kanan bawah.
Ketik Cipta Filem Ajaib di bahagian bawah skrin.
Petua: Untuk menggunakan semua media dalam album yang anda cipta, ketik album, kemudian ketik Cipta Filem Ajaib di bahagian tengah skrin. Semua media dalam album ditambah ke Filem Ajaib anda dalam tertib kronologi.