
Cari peranti dalam Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk mencari lokasi anggaran iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, AirPods atau produk Beats anda jika Cari telah disediakan pada peranti dan peranti tersebut berada dalam talian.
Cari peranti anda
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Untuk mendaftar masuk tanpa memasukkan kod pengesahan dua faktor, ketik
di bahagian bawah tetingkap.
Pergi ke senarai Peranti di bawah peta, kemudian ketik peranti yang ingin anda cari.
Jika peranti dapat dicari: Peranti itu akan dipaparkan pada peta supaya anda dapat melihat lokasi peranti tersebut.
Jika peranti tidak dapat dicari: Anda akan melihat "Tiada lokasi ditemui" di bawah nama peranti. Lokasi terakhir yang diketahui dipaparkan sehingga 24 jam. Hidupkan Maklumkan Apabila Ditemui untuk mendapatkan e-mel apabila peranti berada dalam talian semula.
Jika anda menghidupkan rangkaian Cari, anda boleh menggunakan app Cari pada mana-mana peranti yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama untuk melihat lokasi peranti anda, walaupun peranti di luar talian. Lokasi terakhir diketahui akan disimpan hingga 7 hari. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan fungsi Cari untuk mencari peranti Apple atau AirTag anda yang hilang.
Nota: Jika anda menghidupkan Perlindungan Peranti Dicuri pada iPhone anda dan menukar kata laluan anda, lokasi peranti anda mungkin tidak dapat dilihat untuk suatu tempoh masa.
Untuk mencari peranti lain, ketik
untuk kembali ke senarai Peranti, kemudian pilih peranti baharu.
Jika anda tidak lagi menggunakan peranti, keluarkannya dari akaun anda supaya ia tidak muncul dalam Cari Peranti.
Cari peranti ahli keluarga atau rakan
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan Cari Peranti untuk membantu dalam mencari sebarang peranti ahli keluarga anda. Peranti mereka muncul di bawah peranti anda dalam senarai Peranti.
Setiap ahli keluarga perlu menyediakan peranti mereka untuk berkongsi lokasi dengan ahli keluarga lain. Lihat artikel Sokongan Apple Kongsi lokasi anda dengan keluarga anda. Setelah perkongsian lokasi disediakan, anda boleh mencari peranti mereka menggunakan arahan di atas.
Anda tidak boleh menambah peranti rakan ke Cari Peranti. Rakan yang kehilangan peranti boleh pergi ke icloud.com/find dan mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka.
Kemas kini peta
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan mana-mana yang berikut:
Alihkan peta: Leret.
Zum masuk: Ketik dua kali dengan satu jari (atau regangkan dua jari).
Zum keluar: Ketik dengan dua jari (atau rapatkan jari).
Lihat lebih banyak atau lebih sedikit peta: Ketik bahagian atas senarai Peranti untuk mengembangkan atau memampatkan senarai.
Nota: Maklumat peta mungkin bergantung pada data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, yang mungkin tertakluk pada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Ini mungkin menghasilkan maklumat peta yang tidak tepat atau tidak lengkap.