Koordinat aksesori dengan suasana dalam Rumah pada Mac
Suasana membenarkan anda mengawal berbilang aksesori sekali gus. Sebagai contoh, anda mungkin mengesetkan suasana “Pembacaan” yang melaraskan lampu, menutup tirai dan melaraskan termostat. Rumah mempunyai beberapa suasana biasa yang telah disetkan untuk anda, tetapi anda perlu mengeditnya sebelum ia berfungsi.
Cipta suasana baharu
Pergi ke app Rumah pada Mac anda.
Klik , kemudian klik Tambah Suasana.
Taipkan nama untuk suasana (anda mungkin perlu mengklik Tersuai dahulu).
Anda juga boleh mengklik ikon lalai untuk memilih ikon berbeza.
Klik Tambah Aksesori, pilih bulatan bersebelahan aksesori yang anda mahu sertakan dalam suasana, kemudian klik Selesai.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Laraskan pilihan untuk aksesori: Klik nama aksesori dalam jubin.
Pratonton suasana: Klik Uji Suasana Ini.
Tambah suasana ke skrin Rumah: Aktifkan Tambah ke Paparan Rumah.
Klik Selesai.
Jalankan suasana
Pergi ke app Rumah pada Mac anda.
Klik Rumah atau bilik dalam bar sisi yang mempunyai suasana.
Klik suasana.
Edit suasana
Pergi ke app Rumah pada Mac anda.
Klik Rumah atau bilik dalam bar sisi yang mempunyai suasana.
Dwiklik suasana, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan pilihan untuk aksesori: Klik nama aksesori dalam jubin.
Pratonton suasana: Klik Uji Suasana Ini.
Tukar aksesori yang disertakan dalam suasana: Klik Tambah atau Keluarkan Aksesori.
Tambah suasana ke skrin Rumah: Aktifkan Tambah ke Paparan Rumah.
Klik di penjuru kanan atas.