macOS Sonoma 14
Lihat sejarah aktiviti untuk aksesori dalam Rumah pada Mac
Anda boleh membenarkan semua ahli rumah anda melihat sejarah aktiviti untuk aksesori seperti pintu garaj, kunci dan sistem keselamatan—contohnya, masa pintu dibuka kunci dan orang yang membuka kuncinya. Untuk menggunakan ciri ini, anda mesti mempunyai hab rumah dan seni bina Rumah baharu.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Lagi , kemudian pilih Seting Rumah.
Klik Keselamatan & Perlindungan > Sejarah Aktiviti, kemudian klik Satu Bulan untuk melihat sehingga 30 hari aktiviti.
Klik butang Balik , kemudian klik Selesai.
Klik Rumah dalam bar sisi, klik kategori Keselamatan, kemudian klik Sejarah Aktiviti.
Lihat jugaKawal aksesori Rumah pada Mac